Friday, April 10, 2009

 

600 aduan bank bocor maklumat

Utusan Online
ARKIB : 06/04/2009

600 aduan bank bocor maklumat

PETALING JAYA 5 April - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima 600 aduan daripada pengguna kad kredit yang mendakwa institusi perbankan 'membocorkan' maklumat peribadi mereka kepada syarikat jualan produk sepanjang tahun lalu.

Ketua Eksekutifnya, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pengguna mendakwa syarikat berkenaan menggunakan maklumat tersebut untuk 'memperdayakan' mereka dengan pelbagai tawaran.

"Sebagai contoh, banyak pusat kecergasan dan rawatan kecantikan akan menghubungi pengguna kad kredit dengan menawarkan pakej yang menarik dan sesi percuma.

"Sesi percuma itu tidak diberikan sebaliknya pengguna dibawa untuk taklimat dan seterusnya akan dipaksa untuk melanggan pakej yang harganya mencecah ribuan ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai isu bank-bank melanggar peraturan dan garis panduan perbankan di Institut Pemasaran Malaysia (IMM) di sini kelmarin.

Muhammad Sha'ani kesal kerana pihak bank tidak mengamalkan sistem keselamatan kad kredit pelanggan yang sewajarnya sehingga ia dapat digunakan oleh pihak ketiga.

"Beban lain yang ditanggung pengguna ialah pihak bank masih lagi menghantar notis pembayaran faedah meskipun mangsa telah membuat laporan kehilangan kad kredit di bank berkenaan," jelasnya.

Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menghubungi talian 03-78779000 atau e-mel kepada nccc@nccc.org.my


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi