Saturday, September 23, 2006

 

Thumbs-up for ending banks’ counter charges

Tthw Star online

PENANG: Several traders and small time businessmen here welcome the Government’s move to abolish bank charges for counter services but felt it was long overdue.

Economy rice seller K.F. Hoh, 64, said it was the bank’s duty to absorb some of the service charges to avoid burdening customers.

Sundry shop owner Seeni Sulaiman Mydin, 51, said some of his friends who were small time traders were hesitant to open current accounts because of the “absurd” service charges.

In Petaling Jaya, the Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) welcomed the abolition of such charges.

Its secretary-general Muhammad Sha’ani Abdullah said: “Banks began charging for the services as a shortcut to encourage on-line banking but unfortunately, consumers were burdened by it.”

“The onus is on the banks to promote on-line banking by using other methods,” he said.

On Thursday, Finance Minister II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop announced that the banks' over the counter service charges would be abolished with immediate effect.

The charges abolished were for cashing personal cheques, RM10 charge for technical errors on cheques, monthly RM10 charge for current account and for changing coins worth less than RM100 to notes and RM2 for withdrawals of less than RM4,500.

MCA Public Services and Complaints Department head Michael Chong thanked the government for the move saying that banks were meant to help consumers and not burden them.

“Banks must be service oriented to attract more clients.”

Consumers Association of Penang (CAP) president S. M. Mohamed Idris said that the association had demanded that the charges be abolished three months ago.

”I must congratulate Tan Sri Nor Mohamed’s initiative to abolish the service charges as it is the first time that such a move has been taken,” he said.

Mohamed said that based on the annual reports of nine banks, banks earned up to one billion ringgit from service charges in 2004.

He also suggested that the Finance Ministry investigate other service charges imposed by banks as some banks have “indiscriminate charges”.



Monday, September 11, 2006

 

Fomca: Tidak perlu wajibkan beli topi keledar

BERNAMA
11-09-2006 03:33:39 PM


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berpendapat peraturan baru yang mewajibkan semua pembelian motosikal baru dipakej bersama dua topi keledar adalah tidak perlu.

Setiausaha Agungnya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata beliau percaya kebanyakan pengguna motosikal memiliki lebih daripada satu topi keledar dan yakin pengguna motosikal di negara ini sedar peraturan yang mewajibkan mereka memakai topi keledar ketika di jalan raya.

"Apa rasional buat peraturan seperti ini. Ia sebenarnya tidak perlu, apa yang perlu ialah penguatkuasaan oleh pihak berkuasa berkaitan pengguna topi keledar," katanya kepada Bernama di sini sebagai mengulas peraturan baru itu yang diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy semalam.

Peraturan baru itu yang akan berkuatkuasa satu atau dua bulan lagi dilaksanakan kerana sebahagian besar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Peraturan itu akan mewajibkan pembeli motosikal baru, membeli dua topi keledar meskipun telah mempunyai topi keledar.

Selain itu, katanya kebanyakan kedai menjual motosikal sememangnya ada memberi topi keledar baru secara percuma jika membeli motosikal baru.

"Kedai pun dah ada bagi percuma (topi keledar).Pengguna tidak boleh dipaksa untuk beli dua topi keledar," katanya.

Sementara itu, Presiden Fomca Marimuthu Nadison berkata beliau tidak faham mengapa peraturan itu dibuat, memandangkan tidak semua pembeli motosikal baru, memerlukan topi keledar yang baru.

Ini kerana katanya, ratarata pengguna motosikal sudah memiliki lebih daripada satu topi keledar.

"Mereka cuma mahu motosikal baru. Mereka sudah ada topi keledar, mereka beli topi keledar sekali sahaja dan boleh dipakai sepanjang hayat," katanya.

Beberapa kedai menjual motosikal yang dihubungi mengakui mereka ada memberikan topi keledar secara percuma kepada pembeli motosikal baru.

Wakil penjual di Sunny Motor di Setapak, Oh Jing Sheng, 20, berkata kedainya memang ada memberi satu topi keledar secara percuma sekiranya pengguna membeli motosikal baru.

Beliau berkata walaupun diberikan topi keledar percuma, pembeli motosikal di kedainya tidak teragak-agak untuk membeli dua topi keledar sekiranya mereka memerlukannya.

"Kita ada bagi topi keledar tapi yang biasa sahaja, itu pun pembeli rasa seronok, tapi kalau mahu letak dalam pakej susahlah, jika mereka tidak mahu (topi keledar), macam mana," katanya.

Pendapat yang sama disuarakan pemilik Mok Motor di Wangsa Maju yang hanya mahu dikenali sebagai Mok, 43.

Beliau berkata kedainya turut memberikan topi keledar percuma kepada pembeli motosikal baru dan kebanyakan pelanggan yang datang membeli motosikal baru sudah mempunyai topi keledar.

"Kita memang ada bagi tapi satu saja, tapi kalau sudah ada dua tiga topi keledar di rumah, kita buat pakej macam itu, mesti mereka tidak mahu beli," katanya. BERNAMA

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi