Wednesday, January 07, 2009

 

myMetro »
7Januari2009

Banteras seleweng kad kredit

KUALA LUMPUR: Bank Negara perlu menyediakan garis panduan yang boleh digunapakai setiap bank bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan kad kredit yang semakin meningkat, kata sebuah badan bukan kerajaan.

Ketua Eksekutif Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kes penyelewengan kad kredit, termasuk kehilangan kad kredit di stesen minyak, meningkat daripada 809 kes pada 2007 kepada lebih 1,000 kes tahun lepas.

“Contohnya kes penyelewengan di stesen minyak (boleh berlaku kerana) tiada ciri-ciri keselamatan ketika pengguna membayar menggunakan kad kredit.

Mereka hanya perlu lerekkan (kad mereka di mesin-mesin pembayaran secara kad kredit) tanpa perlu memasukkan nombor pengenalan diri atau kata laluan.

“Orang lain dengan mudah boleh menggunakan kad kredit pemilik yang hilang tanpa sebarang pengesahan atau kata laluan semasa membuat transaksi (di stesen-stesen minyak),” katanya di sini, semalam. - Bernama


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi