Wednesday, January 07, 2009

 

Ketatkan guna kad kredit


KOSMO

Ketatkan guna kad kredit


SEORANG ahli perniagaan, Ramli Latif menggunakan kad kredit untuk mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menyarankan Bank Negara Malaysia menyediakan satu garis panduan ketat yang boleh diguna pakai bagi setiap bank untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan kad kredit yang kini semakin meningkat.

Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, terdapat kelemahan dalam penggunaan kad kredit dan kad ATM ketika ini kerana bayaran yang dilakukan menggunakan kad tersebut tidak menggunakan sebarang ciri keselamatan.

Sebagai contoh, menurut beliau, kes-kes melibatkan seseorang yang kehilangan kad kreditnya akan membolehkan pihak lain mengunakan kad berkenaan untuk membeli petrol di stesen minyak dengan mudah.

“Ini menunjukkan sistem keselamatan yang digunakan lemah dan jika nombor pin atau pengenalan diri digunakan sebelum seseorang itu mengisi petrol, mungkin kejadian tersebut boleh dielakkan.

“Apabila pemilik kad tersebut menghubungi pihak bank, dia pula dipersalahkan berikutan kecuaiannya menjaga kad kredit dengan baik, selain perlu membayar nilai wang yang telah digunakan pihak ketiga,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ketika ini kes penyelewengan kad kredit termasuk penggunaan kad kredit curi di negara ini meningkat daripada 809 kes pada 2007 kepada lebih 1,000 kes pada tahun lalu dengan 200 daripadanya membabitkan penyelewengan penggunaan kad kredit di stesen-stesen minyak.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi