Thursday, January 15, 2009

 

Bank hentikan urus niaga mencurigakan


ARKIB : 15/01/2009

Bank hentikan urus niaga mencurigakan

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menggesa bank-bank menghentikan urus niaga syarikat jualan langsung yang mencurigakan dan menjalankan perniagaan 'gores dan menang' yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Ketua Eksekutif NCCC, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, secara purata pusat itu menerima tidak kurang lima aduan sehari daripada pengguna mengenai kegiatan penipuan syarikat terbabit.

Menurutnya, pihak bank seolah-olah 'menghalalkan' skim 'gores dan menang' kerana membenarkan proses transaksi syarikat tersebut yang ternyata salah di sisi undang-undang.

''Bank-bank perlu bertegas mengawal hal ini dengan membatalkan transaksi serta-merta jika urusniaga itu dicurigai dan terlibat dengan kegiatan seperti itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini .

Sha'ani juga meminta pihak bank supaya membatalkan penggunaan kad kredit di kalangan peniaga yang menyalahgunakan perkhidmatan itu.

Tambahnya, bank perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum memberikan perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat perniagaan jualan langsung di negara ini.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi