Saturday, September 06, 2008

 

Tubuh pemantau lindungi pembeli


Tubuh pemantau lindungi pembeli

September 6, 2008

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kerajaan digesa meletakkan pegawai pemantau harga barang di pasar-pasar utama bagi melindungi pengguna yang terbeban ekoran kenaikan harga barangan terutamanya ayam sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah berkata, pegawai tersebut boleh dianggotai oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertugas khusus memastikan harga barangan sentiasa terkawal.

"Mereka ini seharusnya diberi kuasa untuk memantau atau memberi amaran kepada peniaga yang degil dan menaikkan harga sewenang- wenangnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas trend kenaikan harga barangan sejak kebelakangan ini dengan peniaga ayam dilaporkan menjual ayam melebihi harga siling RM6 sekilogram.

MenambahJelas Muhamad Sha'ani lagi, kenaikan harga ayam boleh dikawal dengan menambahkan stok ayam import.

Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kerajaan seharusnya memecahkan monopoli harga yang dikenakan oleh pemborong serta pembekal ayam.

"Penguatkuasaan jangan hanya tertumpu kepada peniaga sahaja. Sebaliknya ia perlu merangkumi pelbagai aspek berkaitan harga yang dikenakan oleh pembekal dan pemborong," jelasnya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George turut menggesa agar penguatkuasaan dipertingkatkan bagi menjamin harga ayam sentiasa terkawal.

Tegasnya, kerajaan juga sebenarnya boleh berunding dengan penternak dan pembekal ayam bagi menentukan harga pasaran yang sesuai dan tidak membebankan pengguna.

"Jika semuanya gagal, import sahaja ayam dari luar."

"Ia menyelesaikan masalah dan menjadikan harganya juga kompetitif berbanding sekarang,'' katanya.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi