Sunday, August 24, 2008
Kaji semula harga barang, perkhidmatan - NGO
24 Ogos 2008
Kaji semula harga barang, perkhidmatan - NGO
''Kesemua perniagaan yang berteraskan minyak (petrol dan diesel) harus meneliti semula harga barangan dan caj perkhidmatan mereka.
''Contohnya, para pengusaha bas dan teksi harus mengkaji semula tambang yang akan dikenakan terutama semasa musim cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengenai kadar inflasi pula, beliau menjelaskan perkara itu masih terlalu awal untuk dijangkakan.
''Ini kerana ia (inflasi) berkait rapat dengan sikap pengguna seperti membeli secara berlebihan, penggunaan kad kredit dan pembelian barangan berjenama," jelasnya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Kebajikan Drebar Kereta Sewa Kelantan, Mazlan Mat berharap penurunan itu akan menambah bilangan pengguna kereta sewa di negeri itu.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan caj tambang yang dikenakan para pemandu akan dikurangkan tetapi ia masih terlalu awal untuk dilaksanakan kerana sesetengah pemandu masih lagi belum menerima subsidi petrol dan diesel daripada kerajaan.
''Selepas kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel pada 4 Jun lalu, persatuan kami mendapati bilangan pengguna atau penumpang kereta sewa semakin menurun," ujarnya.
Katanya, ia ekoran tambang kereta sewa bagi seorang penumpang untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Krai adalah sebanyak RM12, berbanding RM9 sebelum kenaikan harga petrol dan diesel Jun lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah berpendapat, pengumuman itu tidak dapat meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kenderaan.
Menurutnya, pengumuman itu hanya merupakan satu penurunan kos petrol kepada pengguna kenderaan tetapi tidak mempengaruhi penurunan harga barangan dan perkhidmatan.
''Kami harap penurunan ini bukan alasan kerajaan untuk menangguhkan rancangan-rancangan membantu golongan berpendapatan rendah seperti penambahbaikan sistem pengangkutan awam dalam negara," tegasnya.