Friday, August 29, 2008

 

Bajet: Harapan rakyat * Turun cukai pendapatan * Tambah rebat cukai * Baiki pengangkutan awam


Bajet: Harapan rakyat * Turun cukai pendapatan * Tambah rebat cukai * Baiki pengangkutan awam

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY dan SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Cadangan kerajaan untuk mengenakan surcaj 30 peratus ke atas tambang bas ekspres dan bas henti-henti pada musim perayaan ini akan membebankan rakyat.

Beberapa persatuan pengguna berpendapat cadangan tersebut tidak wajar kerana perkhidmatan itu kebanyakannya digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha'ani Abdullah turut mempersoalkan tindakan kerajaan mengenakan surcaj dalam tempoh tersebut.

“Apakah justifikasi dikenakan surcaj untuk tempoh singkat itu? Kenapa kerajaan tidak beri saja subsidi diesel 100 peratus kepada semua operator bas?’’ soal beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa bas awam tidak dikecualikan daripada membayar tol dan sewa terminal bagi menangani kos peningkatan operasi tersebut.

Muhamad Sha'ani mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang mengumumkan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas berhenti-henti bermula 15 September hingga 15 Oktober ini.

Kata Noh, tindakan itu diambil sebagai langkah mengurangkan beban kos operasi yang ditanggung oleh pengusaha.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu sememangnya amat memeranjatkan.

“Ini amat tidak diduga terutama bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana, kerana golongan ini banyak menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung.

“Musim perayaan adalah masa untuk orang merapatkan hubungan kekeluargaan tapi kalau tiket bas sudah naik, apa pilihan yang mereka ada,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George pula berkata, kerajaan sepatutnya mencari penyelesaian ‘menang-menang’ buat pengusaha bas dan juga rakyat, bukannya membantu satu pihak dengan memindahkan bebanan kepada orang lain.

Selain itu, dia berharap gerabak khas disediakan untuk OKU supaya mereka tidak perlu berebut-rebut dengan penumpang normal

“Saya sering lewat sampai ke tempat kerja kerana tren lambat sampai. Kadangkala terpaksa menunggu hampir sejam kerana tren penuh, jauh sekali mendapat tempat duduk,” katanya yang bekerja sebagai tukang urut.

Herdawati turut berharap syarikat pengangkutan awam memberikan perkhidmatan secara percuma kepada mereka.

“Walaupun mendapat diskaun tambang sebanyak 50 peratus, kita masih terasa bebanan kos sara hidup tinggi kerana bukan semua mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Rakan sekerjanya yang juga OKU, Chan Kok Lim dari Johor, 28, meminta kerajaan menambah elaun pekerja cacat daripada RM300 kepada RM500.

Menurutnya, kos sewa rumah dan makanan bertambah secara mendadak ekoran kenaikan harga petrol baru-baru ini.

“Saya juga berharap lif, tandas dan komuter disediakan alat penghebah maklumat atau tulisan untuk orang buta, braille agar senang menggunakan kemudahan awam,” katanya.

Dalam pada itu, Kok Lim meminta kerajaan menyediakan rumah yang cukup untuk golongan OKU.

Sementara itu, di KOTA BHARU, seorang ahli akademik, Muhammad Shukri Salleh, 43, berpendapat, keperluan mendesak dalam aspek prasarana perlu diberi perhatian dalam Bajet 2009.

“Lampu-lampu jalan di laluan utama perlu dipasang dan kerajaan juga perlu mengurangkan kadar cukai jalan dan menurunkan harga minyak bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi