Wednesday, May 28, 2008

 

Harian Metro : Fomca lawat NSTP

myMetro » Setempat

Fomca lawat NSTP

KUALA LUMPUR: Bagi mewujudkan hubungan baik dengan media serta bekerjasama dalam memberikan manfaat kepada pengguna, pengurusan tertinggi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengadakan lawatan ke Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, semalam.

Lawatan dikepalai Ketua Eksekutif Fomca, Muhammad Sha’ani Abdullah, turut disertai Pengarah Komunikasi Gabungan Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman dan Pengarah Komunikasi Persatuan Pendidikan dan Kajian Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), Liew Siew Hui.

Lawatan itu bertujuan menjalin hubungan dengan media terdiri akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST), di samping membentuk jaringan padu untuk kebajikan, kepentingan serta hal ehwal pengguna.

Sesi dialog turut diadakan bersama pengurusan kanan NSTP diketuai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun mengenai aktiviti dan program pengguna di bawah pengelolaan Fomca serta fungsi dan kepentingan media membantu usaha ini dijalankan.


Hadir sama, Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail dan Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian, Zainuddin Ayip.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi