Saturday, May 31, 2008

 

Fomca lawat Balai Berita


* NASIONAL

Fomca lawat Balai Berita
Oleh Amin Ridzuan Ishak

BEKERJASAMA: Hishamuddin meneliti cenderahati yang disampaikan Muhammad Sha'ani diperhatikan Syed Nadzri (kanan), Mohd Yusuf, Abdul Ghafar (empat dari kanan) dan Zainuddin Ayip.

KUALA LUMPUR: Bagi mewujudkan hubungan baik dengan media serta bekerjasama dalam memberi manfaat kepada pengguna, pengurusan tertinggi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengadakan lawatan ke Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), di sini, baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai Ketua Eksekutif Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah, turut disertai Pengarah Komunikasi Gabungan Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman dan Pengarah Komunikasi Persatuan Pendidikan dan Kajian Pengguna Malaysia (Era Consumer Malaysia), Liew Siew Hui.

Lawatan itu bertujuan menjalin hubungan dengan akhbar di bawah syarikat ini, Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST) bagi membentuk jaringan padu untuk kebajikan, kepentingan serta hal-ehwal pengguna.

Sesi dialog turut diadakan dengan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun menjelaskan mengenai operasi dan aktiviti syarikat ini manakala Fomca pula menjelaskan fungsinya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Fomca turut memaklumkan mengenai kempen terbarunya, 'Kempen Pengguna Kebangsaan', yang akan dijalankan dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), mulai Jun depan.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail dan Pengarang Eksekutif (Rencana) Berita Harian, Zainuddin Ayip.

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi