Saturday, April 05, 2008
Penerusan subsidi petrolium bukan penyelesaian jangka panjang
Komen
Pengumuman kerajaan bahawa pengenalan petrolium RON 95 dan RON 99 untuk mengujudkan subsidi berbeza mungkin akan memberi sedikit kelegaan kepada pengguna berpendapatan rendah.
Bagaimanapun kenaikan harga bahanapi akan tentu memberi kesan inflasi dan kos pengeluaran dan pengankutan yang meningkatkan harga-harga barangan yang terus memparahkan keadaan.
Pihak kerajaan seharusnya merangka mekanisme menyeluruh yang dapat menangani beban sara hidup pengguna secara berkesan.
Kenaikan harga petrolium walaupun ditujukan kepada orang kaya akan bemberi kesan kepada kenaikan barangan lain kerana kos tambahan yang ditimpa oleh orang-orang berniaga akan dikaut dengan meningkatkan harga-harga barangan dan perkhidmatan yang tawarkan.
Maka mekanisme untuk mengurangkan kos sara hidup harus menumpu kepada kos penyediaan perkhidmatan kepada umum seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perumahan, utiliti dan kos pengurusan peniagaan kecil serta penjaja.
Umpamanya,

- geran atau pinjaman tanpa faedah kepada pengendali pengangkutan awam untuk mengalih menggunakan bahanapi LPG dengan mengarahkan semua pembekal petrolium menyediakan pam=pam LPG di seluruh negara.
- mengawal harga bas-bas baru untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam yang selesa di seluruh negara.
- pendidkan percuma sehingga peringkat universiti dengan peruntukan tambahan kepada semua IPA/IPS menyediakan prasarana asas.
- perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan berpendatan rendah berasaskan pendapatan per kapita.
- pinjaman perumahan tanpa faedah bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah.
- mengadakan kadar penggunaan utiliti istimewa bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah berasaskan pendapatan per kapita.
- menetapkan harga telekomunikasi yang berpatutan dengan kos panggilan berdasarkan tempoh sesaat supaya kos perniagaan adalah lebih mencerminkan penggunaan sebenar.
- mengawal dan menghadkan penggunaan premis-premis perniagaan kecil dan gerai penjaja untuk tempoh tiga ke lima tahun untuk mendorong peniaga memajukan diri untuk beralih dengan membeli ataupun menyewa premis komersil dengan membolehkan bakal peniaga nerpeluang untuk menyewa gerai dan premis perniagaan kecil.
- melarang semua penyewaan semua oleh penyewa kepada pihak ketiga untuk menghindar kos tamabahan yang membebankan peniaga kecil serta menjadi kos yang meningkatkan harga barangan atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga kecil.
- menambahbaik sistem lalulintas khususnya di bandar-bandat besar dan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai usaha untuk mengurangkan kos pengangkutan secara keseluruhan.
- menetapkan semua bayaran letak kereta berdasarkan setiap 15 minit untuk menggalakan penggunaan tempat letak kereta dan mengurangkan kesesakan di jalan-jalan utama yang menjadi tumpuan pengguna dan peniaga.