Saturday, September 03, 2005

 

Hentikan naik harga ayam

Apakah setiap kali Menteri/Timbalan Menteri ataupun Perdana Menteri harus mengeluarkan amaran dan peringatan kepada pihak peniaga supaya tindak-tanduk yang bercorak hampir menipu pengguna?

Pihak KPDNHEP telah mengujudkan kempen PENGGUNA BIJAK (merujuk kepada Liputan media dipaparkan di lalam web KPDNHEP). Inilah persoalan teradap keberkesanan tindakan-tindakan penguatkuasaan dan pendidikan yang tidak selari dengan hasrat kepimpinan KPDNHEP.

Merujuk kepada kejadian pihak pasaraya yang mengiklankan, harga merekalah yang terendah tetapi pemantauan menunjukkan sebaliknya tetapi tidak diambil tindakan. Walhal pegawai-pegawai KPDNHEP sebegitu bersungguh-sungguh membela dan mewajarkan tindakan pasaraya-pasaraya tersebut.

Harga Ayam
Ayam : (Harga siling maksimum)Berat
Harga
Ex-ladang hidup1 kg4.00
Ex-borong hidup1 kg4.50
Ex-borong bersih1 kg5.40
Ex-runcit hidup1 kg 5.00
Ex-runcit bersih:

- berkepala, kaki, hati dan hempedal1 kg 6.00



Daging ayam tanpa kepala, kaki dan organ dalam tidak dikawal harga! Tindakan suatu Hyper Market yang telah mengiklankan harga 2 ekor ayam tanpa kaki & kepala pada RM14.99 didapati berat ayam yang dijual 2 ekor ayam bersih adalah di antara 1.82kg hingga 2.15kg sebungkus. Ini bermakna harga ayam bersih tanpa kepala dan kaki ini dijual pada harga runcit di antara RM7.44/kg - RM8.78/kg.

Apakah pihak Hypermarket dengan pengurusan professional tidak sedar akan kepincangan mereka yang memperlekehkan harapan menteri untuk mejayakan kempen ini. Ini terjadi kerana sikap ambil mudah oleh pengurusan-pengurusan Hypermarket yang menganggap pegawai-pegawai KPDNHEP memang boleh dibawa "berunding dengan mudah" kerana kepimpinan KPDNHEP telah mengujudkan gambaran bahawa hanya pasaraya dan Hypermarket dapat membantu dalam menurunkan harga barang keperluan pengguna.

Akan tetapi pihak KPDNHEP mesti bertindak tegas terhadap pasaraya dan Hypermarket yang mengambil kesempatan terhadap usaha-usaha KPDNHEP.

Semua Pengarah Negeri KPDNHEP mesti diambil tindakan berdasarkan tahap pematuhan oleh semua peniaga-peniaga di bawah bidangkuasanya.

MdSha'ani
Mentakab
4 Sept 2005

"KPDNHEP telah mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam membendung kebimbangan pengguna tentang kenaikan harga barang-barang, seterusnya mengawal pasaran dari ancaman peniaga tidak bertanggungjawab.

Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan adalah melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan kepada pengguna mahupun kepada peniaga ialah: Pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong.

Kempen Pengguna Bijak ini bertumpu kepada pasar raya besar (hypermarket) di seluruh negara. Ini bukan bertujuan menjejaskan perniagaan peniaga runcit tetapi merupakan strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta memperkasakan diri mereka sebagai pengguna.

Hypermarket mampu menawarkan harga murah kerana kemampuan membeli stok secara pukal, sekaligus berupaya mengurangkan kos pengeluaran.

Serentak dengan kempen ini, penguatkuasaan juga ditingkatkan di seluruh negara, membabitkan anggota penguatkuasa dan lebih 14,000 sukarelawan. Kempen ini juga melibatkan langkah-langkah memperkasakan pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat seterusnya berbelanja secara berhemah. Di antara inisiatif yang dijalankan termasuk:

• Memberi maklumat kepenggunaan yang meluas kepada orang ramai dalam menghadapi kenaikan harga barangan
• Di bandar-bandar kecil, exco berkaitan pengguna di setiap negeri akan memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai pasar yang menawarkan harga berpatutan kepada pengguna
• Mengawasi pasaran secara terperinci bagi memastikan harga barangan kawalan tidak dinaikkan sesuka hati. Bagi barangan lain, kenaikan harganya mesti merupakan kenaikan yang munasabah
• Memudahkan orang ramai melapor kepada KPDNHEP dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-8886-800 jika mendapati ada peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati. Ini termasuk harga makanan yang dijual di premis makanan seperti restoran, hotel dan gerai.


Dengan Kerajaan yang prihatin, peniaga bertanggungjawab dan berfikiran jauh, dan pengguna yang bijak dan berhemat, kesan kenaikan bahan api hanya merupakan satu cabaran biasa yang boleh ditangani tanpa menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.

Dengan Kerajaan yang prihatin, peniaga bertanggungjawab dan berfikiran jauh, dan pengguna yang bijak dan berhemat, kesan kenaikan bahan api hanya merupakan satu cabaran biasa yang boleh ditangani tanpa menjejaskan ekonomi keluarga dan negara."

Hentikan naik harga ayam

Oleh: NORLIZAH ABAS

PULAU PINANG 3 Sept. (Mingguan Malaysia)- Peniaga ayam di seluruh negara digesa menghentikan tindakan menaikkan harga jualan ayam bersih tanpa organ hingga hampir menyamai harga ayam bersih dengan organ berikutan kenaikan harga petrol dan diesel sejak tiga bulan lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk S. Veerasingam berkata, pihaknya mengesan tindakan segelintir peniaga menaikkan harga ke paras tidak munasabah untuk mengaut keuntungan maksimum.

Menurut beliau, pemantauan bahagian penguat kuasa kementerian itu sejak Mei lalu mendapati, harga ayam bersih tanpa organ dijual antara RM5.40 dan RM5.70 sekilogram - hampir menyamai harga ayam bersih dengan organ iaitu sekitar RM6 sekilogram.

Beliau memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang sengaja mengambil kesempatan menaikan harga barang ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga petrol dan diesel.

``Tindakan peniaga menjual ayam bersih tanpa kaki, kepala, hati dan hempedu pada kadar harga menyamai ayam dengan organ amat tidak berpatutan kerana organ dalaman haiwan itu mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Kepenggunaan Peringkat Negeri anjuran Biro Pengguna MIC bahagian Bayan Baru di Hotel Cititel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Veerasingam berkata, pihaknya sudah menggerakkan pegawai penguat kuasa untuk memantau sebarang kenaikan harga melalui 65 pusat pengumpulan maklumat pemantauan harga yang diwujudkan di setiap negeri.

Katanya, bahagian penguat kuasa negeri memantau 255 jenis barangan di premis perniagaan seperti pasar raya, pasar basah dan kedai runcit setiap hari selain memantau 12 barang kawalan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 seperti susu, beras dan minyak masak.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh tiga bulan ini, sebanyak 574 daripada 167,804 premis perniagaan yang diperiksa dikenakan tindakan kerana menaikan harga barangan dan gagal meletakkan tanda harga melibatkan kutipan kompaun RM39,643 dan nilai rampasan barang RM64,620.


Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi