Tuesday, October 05, 2004

 
UM : Laman web siar kenyataan hina Islam `kerja orang gila'

PUTRAJAYA 4 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyelar perbuatan menyiar dan memaparkan kenyataan menghina Islam di laman web tempatan sambil menyifatkannya `kerja orang gila' yang tidak menyumbang langsung ke arah mewujudkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri yang jelas kurang senang dengan perbuatan tidak bertanggungjawab laman web terbabit seterusnya berharap tidak ada pihak yang mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius.

Beliau selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani perkara itu dan tidak menolak kemungkinan pengendali laman web terbabit dikenakan tindakan.

``Ini satu perbuatan yang menghasut sebenarnya dan boleh diambil tindakan,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pelantikan Panel Penasihat Perpaduan Negara dan merasmikan mesyuarat pertamanya di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar memberi amaran kepada pengendali laman web tempatan supaya menghentikan tulisan atau perbincangan yang menghina Islam bagi mengelakkan dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Amaran tersebut diberikan kepada pengusaha dan pengendali laman web www.jeffooi.com yang menyiarkan pandangan menghina Islam dalam forum Islam Hadhari and Money Politics.

Perdana Menteri ketika ditanya mengenai tindakan ISA sekadar menjawab: ``Tak ada.''

Beliau bagaimanapun sekali lagi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menimbang tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat termasuk pengusaha dan pengendali laman web berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004&dt=1005&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm



Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Bloggers United

Justice will come when it is deserved by our being and feeling strong. - Gandhi