Tuesday, October 05, 2004
BH : Laman web disiasat: Kementerian kaji tindakan terhadap isu hina Islam
Dalam Negeri
Laman web disiasat: Kementerian kaji tindakan terhadap isu hina Islam
Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (gambar), berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai isu membabitkan perbincangan kontroversi di laman web itu dan sudah mengarahkan pegawainya menyiasat.
?Saya sudah mengarahkan pegawai saya melakukan kajian mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap beliau. Saya akan diberi taklimat mengenainya hari ini. Buat masa sekarang saya tidak ingin mengulas lanjut,? katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, memberi amaran keras kepada pengendali laman web tempatan supaya menghentikan segera apa-apa tulisan atau perbincangan yang menghina Islam bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Noh menyifatkan tindakan itu sebagai ?bermain api? yang lebih berbahaya daripada isu perkauman kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati umat Islam dan akhirnya boleh memudaratkan keselamatan negara.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata banyak bahan yang dipaparkan dalam internet adalah berbentuk fitnah dan hasutan untuk melaga-laga rakyat.
Najib berkata, pemantauan dan mengawal selia bahan dalam internet dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan ia dibentangkan secara berkala dalam mesyuarat jemaah menteri.
?Sekiranya kita nak beri reaksi, dalam internet ada macam-macam perkara, kebanyakannya dalam bentuk fitnah dan hasutan,? katanya selepas merasmikan Hari Keluarga Interaksi Orang Kurang Upaya ke-6 di Taman Tasik Titiwangsa.
Pemantauan terhadap Screenshots semalam mendapati Jeff masih enggan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung penyiaran pandangan peserta perbincangan yang menghina Islam Hadhari itu.
Sebaliknya beliau mendakwa Berita Harian cuba ?mengalih tumpuan dan kebimbangan umum mengenai politik wang? serta menyatakan beliau dan peguamnya sedang mengkaji sama ada laporan akhbar ini berniat jahat atau tidak.
Beliau juga menulis mengenai seorang wartawan Utusan Malaysia yang dikatakan meminta reaksinya terhadap ?kontroversi yang dicipta Berita Harian? dan berpesan kepada wartawan itu supaya ?quote dengan betul dan tepat? segala catatan berhubung isu itu.
Sebelum itu, Screenshots menyiarkan bagaimana wartawan New Straits Times (NST) menghubunginya sekali lagi untuk mendapatkan reaksinya terhadap saranan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, supaya Jeff Ooi bertanggungjawab dan meminta maaf terhadap kesalahan yang dilakukan.
Kelmarin, Jeff Ooi, yang mengakui dirinya bukan wartawan, mempersoalkan etika kewartawanan wartawan akhbar ini kerana tidak menghubunginya untuk mendapatkan penjelasannya ? sesuatu yang beliau sendiri tidak pernah lakukan apabila menulis mengenai pihak lain.
Jeff Ooi mendakwa dia tidak harus dipersalahkan kerana sudah menjawab kepada peserta terbabit bahawa ulasan berhubung perbincangan mengenai Islam Hadhari itu boleh dianggap sebagai menghina Islam dan menyakiti perasaan orang lain.
Malah, katanya, beliau juga sudah menyekat peserta yang menggunakan nama samaran Anwar itu daripada terus menggunakan kemudahan lama webnya untuk memberi ulasan, sehari sebelum Berita Harian melaporkan kisah itu.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20041004065738/Article/

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang mengkaji bentuk tindakan boleh diambil terhadap pengendali Screenshots, Jeff Ooi, berhubung penyiaran pandangan seorang peserta forum di laman web itu yang menyamakan Islam Hadhari dan politik wang dengan najis dan air kencing.