Sunday, February 25, 2007
Fast-food ad hype undos healthy lifestyle drive
PETALING JAYA: The hype involving fast food advertisements has overshadowed the Government’s efforts to promote a balanced diet as part of healthy living.
Fomca (Federation of Malaysian Consumer Associations) secretary-general Muhammad Shaani Abdullah said it was an irony that while the authorities were promoting wellness programmes, fast food adverts have become more widespread.
“Fiercer efforts by companies to advertise fast food has led to the failure of the authorities’ campaigns to promote a balanced diet and healthy lifestyle among Malaysians,” he said.
Muhammad Shaani said Fomca welcomed the Health Ministry’s proposal to ban fast food advertisements and also the Information Ministry’s willingness to ban such adverts, which provided “inappropriate education” to young consumers.
“Fast food does not provide a balanced diet and although their menu contain certain ingredients, it is not a proper meal.
“For instance, fast food such as fried chicken and burgers contain too much preservatives, colouring, salt and fat. The beverages contain a lot of sugar.
“Fast food intake occasionally will not be a problem but it can be harmful to workers in major towns and cities who consume fast food as main daily meals,” he added.
Muhammad Shaani said banning fast food adverts was timely in view of the rising number of Malaysians suffering from heart disease and high blood pressure.
“There are now fast food outlets along every street and lane. It shows the culture of Malaysians favouring fast food,” he added.
He called on fast food operators to be responsible in providing the nutritional content of their products. “Even after the Health Minister talked of the idea to ban fast food ads, there are still companies claiming their fast food products provide a proper main meal,” he said.
Saturday, February 17, 2007
Thursday, February 08, 2007
Pantas atasi teksi ‘samseng’
Oleh HATA WAHARI (WARTAWAN UTUSAN)
TEKSI ‘samseng’ merupakan fenomena yang telah berlaku bertahun-tahun lamanya namun tidak ada tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
Di Kuala Lumpur, fenomena ini kebanyakan berlaku di tempat-tempat terpilih terutama yang menjadi tumpuan pelancong seperti di Menara Berkembar Petronas dan Bukit Bintang namun di negeri-negeri lain di mana teksi tidak menggunakan meter ia berlaku tidak mengira tempat dan masa.
Perjalanan yang hanya mengambil masa lima hingga 10 minit dan jarak yang hanya mencecah antara lima hingga 10 kilometer dicaj sehingga RM15 dan ke atas, lebih memilukan kalau menggunakan perkhidmatan teksi pada sebelah malam terutama apabila perkhidmatan bas telah tamat seseorang pengguna akan dicaj sehingga empat atau lima kali ganda daripada caj pada siang hari.
Rungutan-rungutan mengenai teksi-teksi yang enggan menggunakan meter atau mengenakan caj sesuka hati terutama pada sebelah malam telah acap kali diluahkan malangnya tindakan dari Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) amat lembap.
Kelembapan pihak-pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pemandu-pemandu teksi ‘samseng’ inilah yang menyebabkan mereka terus bermaharajalela menyembelih pengguna-pengguna teksi dengan mengenakan caj melampaui batas.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman melihat tidak ada penguatkuasaan yang tegas daripada pihak berkuasa terhadap pemandu-pemandu teksi ‘samseng’ ini menyebabkan mereka berani melakukan kesalahan tersebut.
Katanya, apa yang berlaku sekarang kerana penguatkuasaan memang lemah dan ini menyebabkan masalah ini tidak dapat diselesaikan secara menyeluruh.
Beliau mengambil contoh mengenai aduan-aduan yang dibuat oleh pengguna mengenai teksi-teksi ‘samseng’ ini yang tidak ada tindakan segera daripada pihak LPKP dan JPJ.
‘‘Kalau pihak berkuasa tidak mengambil tindakan segera seperti mana pihak polis membanteras jenayah apabila menerima laporan daripada orang ramai, teksi ‘samseng’ ini akan terus beroperasi dan terus mengenakan caj yang tinggi.
‘‘Apa yang kita mahukan ialah apabila pengguna membuat aduan maka tindakan segera mungkin dalam tempoh beberapa minit atau paling lambat selama setengah jam, pihak berkuasa telah menahan pemandu teksi ‘samseng’ tersebut dan mengenakan saman atau menahan teksi tersebut daripada beroperasi,’’ katanya.
Tegasnya, sekiranya tindakan ini boleh dilaksanakan, pastinya fenomena teksi ‘samseng’ ini dapat ditangani dengan menyeluruh dan total.
Malangnya ujar beliau, sehingga kini pihak berkuasa terutama LPKP dan JPJ gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap aduan yang dibuat oleh pengguna.
Malah katanya, setiap sistem yang digunakan oleh LPKP atau JPJ bagi membolehkan pengguna membuat aduan tidak dapat menangani masalah ini baik melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ataupun aduan melalui talian telefon percuma.
‘‘Apa yang menyedihkan pihak berkuasa baik LPKP dan JPJ hanya menerima aduan tetapi kurang mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah yang diadukan ataupun sekurang-kurangnya untuk menyenaraihitamkan pemandu terlibat,’’ katanya.
Sehubungan itu beliau mencadangkan agar penguatkuasaan dijadikan agenda utama pihak berkuasa baik LPKP dan JPJ untuk menyelesaikan masalah teksi samseng tersebut.
Dr. Maamor juga memberikan lima cadangan bagaimana LPKP dan JPJ dapat menyelesaikan masalah teksi samseng ini.
Menyediakan pusat aduan setempat terutama di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan teksi
Menyediakan pasukan penguatkuasa untuk mengambil tindakan sepantas mungkin setelah menerima aduan dari orang ramai.
Menyediakan modul latihan berterusan kepada pemandu-pemandu teksi terutama latihan intensif bagi pemandu yang telah disenarai hitam.
LPKP dan JPJ juga boleh menimbangkan untuk menurunkan kuasa untuk menyaman atau mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu teksi ‘samseng’ ini kepada pegawai-pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ataupun majlis perbandaran.
Ini bagi meluaskan skop pihak berkuasa yang dapat menangani masalah teksi ‘samseng’ sekiranya LPKP dan JPJ merasakan mereka tidak mempunyai jumlah pegawai penguat kuasa yang mencukupi.
Seperti apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung (Timbalan Presiden) Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah masalah teksi ‘samseng’ ini tidak akan dapat diselesaikan sekiranya ia hanya diserahkan kepada tanggungjawab LPKP dan JPJ.
‘‘LPKP dan JPJ akan sentiasa menggunakan alasan tidak cukup pegawai penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemandu teksi ‘samseng’ ini.
‘‘Jadi apa penyelesaiannya ialah dengan menurunkan kuasa untuk mengambil tindakan kepada pemandu ini kepada pegawai-pegawai penguat kuasa kepada agensi-agensi berkuasa lain seperti pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,’’ katanya.
Ujarnya, apa yang perlu diutamakan ialah pengguna boleh membuat aduan terhadap mana-mana pegawai penguat kuasa dan mereka boleh mengambil tindakan sepantas mungkin, sekurang-kurangnya dapat menahan teksi itu daripada beroperasi.