Wednesday, September 01, 2004
Astro digesa beri penjelasan kukuh
Utusan Malaysia
Rabu, Sep 01, 2004
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Astro digesa memberikan penjelasan lebih kukuh yang boleh digunakan di mahkamah kelak sekiranya timbul pertikaian berhubung isu tempoh langganan minimum dan denda yang dikenakan.
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, setakat ini pihak Astro hanya memasukkan dalam laman web mereka berhubung penjelasan mengenai isu tersebut dalam ruangan 'soalan yang kerap ditanya' (FAQ).
Katanya, dalam perjanjian asal ia masih tidak diubah apa-apa yang mana ia masih boleh ditakrifkan dengan dua cara walaupun tajuk kecil kepada perjanjian tersebut yang menimbulkan kekeliruan sudah tidak dimasukkan lagi.
"Sehubungan itu Astro hendaklah mencari jalan sama ada meminda perjanjian tersebut bagi memastikan bahawa dari segi perundangan memang pelanggan yang lama tidak akan terikat dengan perjanjian baru ini.
"Ini penting kerana setakat ini masih ada lagi orang yang belum berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Astro seperti yang disiarkan dalam akhbar hari ini kerana bimbang ia tidak ada obligasi dari perundangan.
"Selain itu dalam laman webnya berhubung makluman kad pintar baru Astro, mereka masih memasukkan mengenai perjanjian langganan yang mana timbul tanda tanya apakah kaitan perjanjian langganan dengan penghantaran kad pintar baru," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penjelasan Astro berhubung kekeliruan mengenai bayaran penalti sebanyak RM500 yang dikenakan kepada pelanggannya sekiranya menghentikan langganan dalam tempoh 12 bulan yang menjadi tempoh langganan minimum.
Kekeliruan ini timbul berikutan terdapat tajuk kecil yang tertera di laman web Astro bahawa kad pintar yang baru didatangkan bersama perjanjian langganan.
Bagaimanapun sejak semalam, pihak Astro telah mengeluarkan tajuk kecil tersebut dari laman web mereka dan kemudian memasukkan tentang FAQ yang menjelaskan bahawa perjanjian ini hanya untuk pelanggan baru.
Namun begitu, masih timbul tanda tanya kerana fasal empat, perjanjian tersebut tetap tidak berubah yang mana ia menyebut bahawa sebaik sahaja mengaktifkan perkhidmatan maka para pelanggan akan terikat selama 12 bulan.
Selain itu, timbul persoalan mengapakah pihak Astro memasukkan perjanjian itu bersekali dengan maklumat berhubung penghantaran kad pintar yang baru sedangkan kedua-dua perkara ini tidak mempunyai kaitan.